Sabtu, Julai 17, 2010

Fatwa Jakim mengenai Zikir Munajat

Berkenaan persoalan Zikir Munajat. Penulis perturunkan di sini keputusan daripada Panel Kajian Aqidah Bah. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (sekarang JAKIM) kali ke-7/1996 yang bermesyuarat pada 24 dan 25 Ogos 1996. Mesyuarat telah memutuskan bahawa zikir berkenaan mengandungi kalimah-kalimah yang bertentangan dengan konsep Islam. Di antaranya mengenai konsep Nur Muhammad. Mesyuarat bersetuju zikir berkenaan tidak diamalkan dan tidak disiarkan di media massa. 

Oleh yang demikian mesyuarat bersetuju supaya rangkap zikir berkenaan diubahsuai seperti berikut:-

حسبي ربي جل الله ما في قلبي غير الله 
kepada
حسبي الله لا إله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم

نور محمد صلى الله
kepada
نبي محمد صلى الله

dan dibuang
ليس لها من دون الله كاشفة

Ulasan:

Penulis berpandangan Panel Aqidah berpendapat bahawa terdapat nas yang lebih baik yang ma'thur untuk diamalkan berbanding ucapan yang ada di dalam Zikir Munajat. Oleh kerana itu 'hasbi rabbi..' ditukar kepada 'hasbiyallah...' kerana 'hasbiyallah..' zikir yang dianjurkan oleh al-Qur'an dalam surah al-Taubah ayat 129.

Ucapan 'Nur Muhammad Sallallah' juga didapati tidak jelas kerana menisbahkan salawat kepada 'nur' bukan kepada nabi. Ia dibimbangi mempunyai unsur-unsur doktrin 'Nur Muhammad' yang menyeleweng daripada aqidah Islam. Oleh itu, ditukarkan kepada 'Nabi Muhammad Sallallah'. 

Manakala ucapan 'laisa laha min dunillahi kasyifah' juga meragukan kerana tidak diketahui apa yang dimaksudnya dengan ucapan itu. Sedangkan 'laisa laha min dunillahi kasyifah' adalah ayat al-Qur'an di dalam surah al-Najm ayat 58. Para mufassirin bersepakat bahawa ayat ini membicarakan soal hari Qiyamat yakni "Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (hari Qiyamah) selain Allah". 

Bagaimanapun, keputusan Panel Aqidah JAKIM ini bukanlah keputusan fatwa yang mengikat mana-mana pihak, tetapi ia adalah nasihat dan penjelasan mereka kepada masyarakat awam berkenaan zikir tersebut. Wallahu a'lam. 

Khamis, Julai 01, 2010

KESESATAN SYIAH!!!



Sesungguhnya syiah adalah bahaya akidah yang sedang mendatang. Sedang cuba untuk merebak! Mereka mahu menghapuskan Ahli sunnah di Iraq. Mereka mahukan supaya Afghanistan menjadi padang jarak padang terkukur dengan membantu tentera Amerika. Mereka Berjaya melumpuhkan kerajaan Lubnan melalui gerakan militan Hizbullah. Mereka juga mahu melumpuhkan kerajaan sunni di Yaman seterusnya menjadi kuasa yang semakin membesar dan menjajah Arab Saudi dan dunia islam yang lain. Kita bukan memerangi nama, tetapi kita memerangi inti kepada pegangan akidah mereka! Sebab itulah suatu yang mustahil untuk Taqrib baina syiah dan sunnah (berbaik-baik)! Bermakna, kita tidak dapat bertolak ansur dengan mereka yang berakidah seperti ini. Semoga kita semua berjaga-jaga dan tidak terpengaruh dengan kesesatan mereka ini yang mencucuk jarumnya dengan berhujahkan "sokong ali bait & bai'ah hanyalah kepada ali bait".

YeopMadiny

Jumaat, Jun 11, 2010

[Blog] Fikrah Awam VS. Fikrah Sebenar

Assalamualaikum...

Selepas ini saya akan buat satu slot dinamakan  Fikrah Awam VS. Fikrah Sebenar... tunggu ajer

Rabu, Jun 09, 2010

[Bida'ah] Kata-kata Imam Syafi'e mengenai pembahagian bida'ah

Imam Syafi’e Berkata Tentang Bid’ah



Al-Hafidz Abu Nu’aim rahimahullah meriwayatkan sanadnya dari Ibrahim al-Junaid yang berkata, Harmalah bin Yahya berkata kepada kami; aku mendengar Imam Syafi’e berkata,

البدعة بدعتان بدعة محمودة وبدعة مذمومة فما وافق السنة فهو محمود وما خالف السنة فهو مذموم واحتج بقول عمر بن الخطاب في قيام رمضان نعمت البدعة هي
“Bid’ah itu ada dua, bid’ah yang mahmudah (terpuji) dan bid’ah yang mazhmumah (tercela). Apa yang menepati dengan sunnah maka ia terpuji dan apa yang menyelesihi sunnah maka ia adalah tercela.” Kemudian Imam Syafi’e berhujjah dengan perkataan Umar al-Khaththab tentang solat terawih di bulan ramadhan, “Bid’ah yang terbaik adalah ini.” (Al-hilyatul auliya’ 3/119 –Syamilah-)

Sabtu, Mei 29, 2010

[Fiqh] Hukum Cabutan Bertuah & Bentuk Peraduan, Pertandingan Moden



piala 
dunia?Apa hukum cabutan bertuah? Adakah ianya judi?. Soalan sebegini agak banyak menerjah kotak email dan sistem sms 33221 saya. Cabutan bertuah mempunyai pelbagai bentuk dan jenis, ada yang halal dan ada yang haram. Dalam tulisan ringkas ini saya cuba dedahkan beberapa bentuk dan hukum setiap satunya.
Namun sebelum kita melihat bentuk-bentuk semasa cabutan bertuah, jika dilihat dari sudut hukum kes atau isu cabutan bertuah ini tergolong dalam perbincangan ‘al-musabaqat' atau ‘pertandingan'. Namun jika tidak kena caranya, dengan mudah ia akan jatuh dalam masalah judi ataupun gharar.
Dalam masalah judi, keputusan majlis Fiqh Antarabangsa "Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy" dalam sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1), unsur perjudian dalam sebarang peraduan, permainan dan pertandingan dalam dua bentuk seperti berikut :-

Jumaat, Mei 28, 2010

[Kiblat] Istiwa A'zam


Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam
Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat.  Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.
Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah.  Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).
Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…


[Blog] Block Hadith Today

Assalamualaikum...

Minta respon anda semua mengenai block hadith tu...