Sabtu, Februari 20, 2010

Berlapik Apa Salahnya??

Cerita ini bertujuan untuk mengupah fahaman muda-mudi sekarang yang ber'couple'...

Di suatu hari, seorang teruna dan dara sedang berchatting melalui Yahoo Messenger.
-------------------------------

Ahmad: Assalamualaikum wbt, ini Aisyah SMK Tampin ke? Kenal lagi tak aku.

Aisyah: Waalaikumussalam wbt. Weh Kau Mat. Hah apa khabar. Lama aku tak dengar berita kau. Mana kau hilang.

Ahmad: Hahah, kau lah lama menghilang. Ui bila kita nak buat reunion dengan kawan-kawan sekolah kita ni. Aku rindu siot dengan member-member sekolah kita.

Aisyah: Hah, apa kata kau plan untuk cuti nanti.

Ahmad: Okey juga.

Aisyah: Kau ada friendster tak? Kalau ada add lah aku aisyah @ budakbaik.com

Ahmad: Ada, ada, kejap aku add kau.

-----

Ahmad: Hah dah add pun. Heheh aku tengah explore FS kau ni. Wah kau ada boyfriend ye sekarang.

Aisyah: Huhuhu, kenapa kau jeles ke?

Ahmad: Tak mainlah jeles-jeles. Ui kau pegang tangan balak kau slumber je. Mak kau tak marah ke?

Aisyah: Mak aku mana tahulah. Kau gila aku nak pegang tangan balak depan mak aku.

Ahmad: Hmm, so kau kalau keluar dengan balak kau, memang kau pegang tanganlah ye.

Aisyah: Iyo, rasa selamat sikit.

Ahmad: Oooo rasa selamat. Apa yang selamat?

Aisyah: Yelah, nanti kalau orang tengok tahulah aku dah ada boyfriend. Tak adalah kacau aku.

Ahmad: Ooo. Aku tanya kau jangan marah hek. Kau agak-agak boleh ke tak pegang tangan lelaki bukan mahram ni.

Aisyah: Hmmm

Ahmad: Kenapa tak jawab. Ke kau rasa tak boleh.

Aisyah: Hehehhe, kalau yang ustaz aku ajar tak bolehle.

Ahmad: Habis tu kenapa kau pegang juga.

Aisyah: Banyak soal lah kau ni. Tapi bukan ada ulama' kata boleh ke. Sebab tu ada ulama' kata sentuh perempuan tak batal wudhu. So bolehlah pegang.

Ahmad: Yelah, memanglah ada yang kata tak batal wudhu. Tapi mereka bukan kata boleh pegang.

Aisyah: Eh, kalau dah tak batal wudhu bolehlah.

Ahmad: Ooo aku rasa kau confuse ni. Okey mencarut batal wudhu' tak?

Aisyah: Hahaha soalan bodohlah kau ni. Mestilah tak.

Ahmad: Tapi mencarut berdosa tak.

Aisyah: Berdosalah, kan tak elok tu guna perkataan mencarut.

Ahmad: Okey, lagi satu, buang air besar batal wudhu' tak?

Aisyah: Mestilah batal, apalah kau ni, sekolah rendah kita dah belajar dah.

Ahmad: Buang air besar berdosa tak?

Aisyah: Gila kau, kalau berdosa buang besar teruklah kita.

Ahmad: Hahah tahu pun kau. So kau kena faham, bukan semua benda yang berdosa tu batalkan wudhu, dan bukan semua benda yang batalkan wudhu' tu berdosa kalau kita buat.

Aisyah: Hehehhe baru aku faham. Ingatkan apahallah kau dok tanya soalan bodoh ni. Eh tapi kalau berlapik boleh kan?

Ahmad: Boleh apa?

Aisyah: Yalah kalau berlapik bolehkan pegang, salam, bukan bersentuh pun.

Ahmad: Ooo. Okey, kalau macam tu, kalau adik lelaki kau pegang breast kau dari luar baju kau marah tak?

Aisyah: Ihh apa ni. Kau ni jahatlah cakap benda lucah. Kau ingat adik aku nak buat ke macam tu.

Ahmad: Aik, apsal pula kau marah, bukan berlapik ke kalau dari luar baju, dah lah yang sentuh tu adik kau, mahram kau.

Aisyah: Mana boleh. Berdosa.

Ahmad: Hah tahupun. So tak ada beza berlapik ke tak berlapik. Kalau nak main berlapik, punyalah banyak bahagian berlapik, takkan boleh sentuh juga.

Aisyah: Erkkk.

Ahmad: Okeylah aku nak tidur ni. Nanti aku YM kau kalau cormfirm kita buat reunion nanti. Ui jangan lupa tengok FS aku.

Aisyah: Okeh.


Sumber  : AFN

2 ulasan:

AHA1995 berkata...

1. "Zina tangan adalah meramas" (sahih Muslim : kitab taqdir jld 8/52
dari Ibn Abbas ra.
2. " bahawa ditusuk kepala dgn jarum besi lebih baik dari
memegang-megang perempuan yg tidak halal baginya." atTabrani dari
Ma'qil bin Yassar ra (disahihkan oleh alAlbani, sahih aljami'/4921)

3. "Tidak demi Allah, tangan Rasul tidak pernah menyentuh tangan
perempuan sama sekali dalam berbai'at." syaikhan (bukhari-Muslim)
dari Aisyah ra

4. "Tidak, aku tidak mahu berjabat tangan dgn perempuan." Hr Malik,
Nasa'iy, Ibn Majah dan Ahmad dari Umaymah bte Raqiqah (disahihkan oleh
alAlbani dalam silsilah alSahihah no 529 jld 2)

AHA1995 berkata...

حدثنا عبدان بن أحمد ثنا نصر بن علي قال أنا أبي ثنا شداد بن سعيد عن أبي العلاء حدثني معقل بن يسار قال : قال
رسول الله صلى الله عليه و سلم : لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لا تحل له


"Sesungguhnya seorang lelaki yang ditusuk di kepalanya dengan jarum besi adalah lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya"

Dari al-Mu'jam al-Kabir.

Rujuk juga, Silsilah ash-Shohihah, no. 226. Maktabah Syamilah.

Catat Ulasan